Blog Widget by LinkWithin

Sponsored by

guru dipecat kerana purdah

Wednesday, June 9, 2010

Purdah
Seorang guru wanita di Belgium dipecat kerana enggan menanggalkan purdah ketika mengajar di sebuah sekolah di negara tersebut.

Lawa sangatkah cikgu tu sampaikan anak murid dia tak boleh dibenarkan manatapnya?

Sebagai orang Islam aku memang menyanjungi hukum Islam. Namun dalam kes ini aku kurang bersetuju dengan tindakan 'cikgu' pompuan tu. Bukan sahaja kerana tak profesional bahkan tindakan tu langsung tak bijak.

Pertama, Belgium bukan negara Islam dan kedua, dunia bukan dikuasai orang Islam.

Kalau nak berdakwah, biarlah bijaksana. Jika tidak, digelakkan orang sahaja.

Dengan pemecatan tersebut cikgu tu dah tak boleh mengajar, hilang pendapatan, dan yang paling penting tak boleh lagi menyemaikan nilai murni Islam bagi mendekatkan pelajarnya kepada ajaran Islam.

Read more...

Guru Besau

Thursday, June 3, 2010


Aku tengok muka Cikgu Murad kelat semacam.

"Fedup aku. Penat aku prepare, 10 minit aje dia bagi aku bentang tadi." Beliau melampiaskan perasaan. Cikgu Ramli tersengih sahaja melihat GPK Ko itu marah-marah.

"Nampaknya semua benda dia nak buat sendiri." Cikgu Murni tidak mahu ketinggalan tumpang semangkuk.

Aku tertawa kecil. Maklumlah, bukan masalah aku.

Sebenarnya memang patutpun cikgu-cikgi tu merungut. Dipanggilnya mesyuarat pukul 3.00 petang. Dia berucap dari pukul 3.00 hingga 4.30 petang. Kemudian barulah diberi peluang pada GPK 1, GPK Hem, dan GPK Ko bercakap masing-masing 10 minit setiap orang.

Cikgu-cikgu lain? Apa nak dicakapkan lagi? Masing-masing dah macam cacing kepanasan, nak balik rumah.

Maka untuk kesekian kalinya, mesyuarat bertukar menjadi taklimat dan sesi ceramah secara 'one Madam show'.

Mesyuarat apa kalau semuanya dalam bentuk arahan?

Aku tak nak komen dulu kali ni.



foto hiasan:
42865 Clipart I...ng jpg
clipartof.com

Read more...

LADAP oh ladap

Wednesday, June 2, 2010


Maaflah. Aku tak berapa biasa guna gantinama ‘saya’. Jadi, mulai posting kali ini dan mungkin seterusnya, aku akan gunakan gantinama ’aku’ je. Yang penting, rockkkk. Kata bebudak zaman aku dulu.

1-2 hari lagi cuti. Yahoo... aku nak berehat. Dua minggu ni tunggang langgang menyiapkan markah periksa budak. Semua tu kena siap sbelum Jumaat (lusa). Sekarang, walaupun masih guna kertas tapi ibu bapa dah boleh semak keputusan periksa anak-anak melalui internet: Qnet.

Pagi tadi kegembiraan aku untuk bercuti di padam oleh pengumuman program LADAP yang akan diadakan pada Sabtu pertama selepas cuti (6 Jun 2010).

GB aku kata, program LADAP tu bagus untuk meningkatkan profesional guru. Jadi, semua diWAJIBkan hadir.

Padahal aku dah plan nak hadir majlis perkahwinan sepupu aku di Jitra Kedah!

”untuk meningkatkan profesional guru”. Demikian kata GB aku. LADAP kali ini kami akan diajar cara mencanting batik!

Aku bukan lah nak bantah sangat... tapi, apa kena mengena batik dengan cikgu sekolah rendah?

Tu yang aku musykil.

Read more...

Salam perkenalan



Assalamualaikum,

Nama saya, Shaari. Shaari bin Suparji. Anda boleh panggil saya Cikgu Shaari. Pekerjaan saya... sudah tentulah sebagai guru.

Menjadi guru adalah cita-cita saya sejak kecil. Saya suka mengajar. Ketika kanak-kanak dulu saya hanya akan bermain masak-masak jika ada slot khas 'anak-anak' pergi sekolah. Sudah tentu saya yang jadi gurunya. Jika tidak, kirim salam. Lebih baik saya pergi melastik burung atau ke sungai.

Sebelum sempat keputusan STPM keluar, saya sudah memohon masuk ke maktab. Saya mula mengajar di Jengka Pahang ketika berusia 24 tahun.

Selepas itu melanjutkan pelajaran ke USM selama 4 tahun, juga dalam jurusan pendidikan.

Dalam blog ini saya akan berkongsi pengalaman saya dan majoriti manusia guru yang terlibat dalam dunia pendidikan. Saya akan cuba mengemaskini blog ini sekerap mungkin. Namun, rasanya tidaklah sesopan dan setertib salam perkenalan ini.

Ya, blog ini akan memaparkan rasa hati kami, guru-guru di Malaysia!

Selamat bertukar-tukar fikiran. Err.. maksud saya selamat melepaskan perasaan.



Foto:
afco1514745 jpg
flixya.com

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP